Takaful myFire

19:45

Takaful myFire menyediakan perlindungan untuk kerugian kepada harta seperti bangunan, kandungan isi bangunan, perabut, loji dan mesin serta stok. Secara dasarnya melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda anda akibat kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana dengan syarat bangunan tersebut tidak menjalankan apa-apa kerja berkaitan gas. Sijil juga boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Semakan (RFT). Perlindungan tambahan untuk meliputi perils risiko-risiko berikut dengan sumbangan nominal: 

• Banjir
• Tangki air yang pecah atau bocor
• Kerosakan impak
• Kerosakan akibat berniat jahat
• Rusuhan dan Mogok
  Sijil anda boleh juga diperluaskan untuk melindungi:
• Kehilangan sewa
• Yuran arkitek, juruukur dan jurutera
• Pengalihan debris

Apa yang unik tentang kami ........ PERTAMA dan SATU-SATUNYA pengendali Takaful di dalam negara ini yang berterusan memberi ganjaran secara konsisten kepada para pelanggan melalui Pulangan Tunai sebanyak 15%* sekiranya tiada tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Anda boleh menghubungi pegawai kami di Takaful myCare Centre yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*Pulangan Tunai adalah tertakluk kepada prestasi syarikat dan tiada tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan..

You Might Also Like

0 comments