Mengenai Tuntutan Takaful Am

20:39


 Mengenai Jabatan Tuntutan Takaful Am
"Ia bukan sekadar polisi, anda adalah keutamaannya”
Jabatan Tuntutan Takaful kami bertanggungjawab memastikan setiap tuntutan yang dibuat oleh pelanggan kami dikendalikan secara professional, tepat dan efisyen. Apabila tuntutan dibuat, pelanggan kami menjadi keutamaan dan kami sentiasa memastikan bahawa setiap proses yang bakal dilalui adalah mudah dan ringkas tanpa sebarang masalah.
Ruangan ini memberikan panduan kepada pelanggan kami sekiranya terdapat pertanyaan mengenai tuntutan; sama ada ingin mengetahui status mahupun pertanyaan mengenai cara-cara/prosidur membuat tuntutan dan sebagainya. Kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami dengan memastikan setiap tuntutan yang dibuat diberikan perhatian sewajarnya termasuklah memberikan maklumat sepenuhnya dan terkini dari awal tuntutan dibuat sehinggalah ianya diselesaikan.
Jabatan Tuntutan Takaful Am kami beroperasi bersama-sama Jabatan Tuntutan Am dimana ia terbahagi kepada dua bahagian; Bahagian Tuntutan Kenderaan dan Bahagian Tuntutan Bukan Kenderaan yang mengendalikan pelbagai jenis tuntutan insurans am dengan jumlah tenaga kerja seramai 104 orang. Kami memberikan perkhidmatan kesemua jenis insurans takaful am seperti:-


• Kemalangan Diri
• Kemasukan ke Hospital
• Kenderaan
• Risiko Kerosakkan Harta Benda
• Risiko yang berkaitan dengan kejuruteraan
• Risiko Perkapalan, Penerbangan dan
   yang berkaitan dengannya


Kunjungi laman Khidmat Pelanggan (Tuntutan) dan ketahui lebih lanjut mengenai kami
Anda juga boleh mencetak borang tuntutan dan menghantarkannya terus kepada kami di Jabatan Tuntutan Am, Pusat Khidmat Pelanggan kami, cawangan-cawangan kami di setiap negeri ataupun melalui Pusat Khidmat Pelanggan Maybank yang berdekatan dengan anda.





You Might Also Like

0 comments