PERSOALAN
13:30Kenapa perlu Takaful?
Untuk merancang penyelesaian kewangan berpandukan
kaedah-kaedah yang diharuskan syarak sewaktu peserta ditimpa musibah
kemalangan, penyakit ataupun kematian.
Takaful bukanlah semata-mata meninggalkan harta untuk dimanfaatkan oleh waris,
tetapi bagaimana harta itu diagihkan dan digunakan akan memberi kesan kepada si
mati yang meninggalkan harta tersebut.
Setiap isi keluarga mempunyai keperluan dalam meneruskan kehidupan dan pada
kebiasaannya ketua keluarga bertanggungjawab menyara keperluan tersebut.
Beberapa persoalan...
1. Jika anda merasa cukup terbeban ketika ini, adakah waris anda akan menjadi
lebih senang setelah anda ‘tiada’ nanti?
2. Andainya anda sudah selesa sekarang ini, adakah anda yakin waris anda juga
akan selesa selepas ‘ketiadaan’ anda nanti?
3. Sekiranya anda merasa pasti akan ‘meninggalkan’ waris dengan kesenangan,
namun begitu adakah anda pasti kesenangan yang anda tinggalkan itu menepati
syarak?
4. Sekiranya tidak, dapatkah anda bayangkan apa yang bakal anda hadapi di alam
barzakh kelak?
Seandainya sesuatu terjadi kepada penyara keluarga tersebut (misalnya ditimpa
kemalangan, kematian, sakit dll), maka seisi keluarga akan menderita.
0 comments