Kenapa Perlu Takaful??
18:27 Untuk merancang
penyelesaian kewangan berpandukan kaedah-kaedah yang diharuskan syarak
sewaktu peserta ditimpa musibah kemalangan, penyakit ataupun kematian.
Takaful bukanlah semata-mata meninggalkan harta untuk dimanfaatkan oleh
waris, tetapi bagaimana harta itu diagihkan dan digunakan akan memberi
kesan kepada si mati yang meninggalkan harta tersebut.
Setiap isi keluarga mempunyai keperluan dalam meneruskan kehidupan
dan pada kebiasaannya ketua keluarga bertanggungjawab menyara keperluan
tersebut.
Beberapa persoalan...
1. Jika anda merasa cukup terbeban ketika ini, adakah waris anda akan menjadi lebih senang setelah anda ‘tiada’ nanti?
2. Andainya anda sudah selesa sekarang ini, adakah anda yakin waris anda juga akan selesa selepas ‘ketiadaan’ anda nanti?
3. Sekiranya anda merasa pasti akan ‘meninggalkan’ waris dengan kesenangan, namun begitu adakah anda pasti kesenangan yang anda tinggalkan itu menepati syarak??
4. Sekiranya tidak, dapatkah anda bayangkan apa yang bakal anda hadapi di alam barzakh kelak?
Seandainya sesuatu terjadi kepada penyara keluarga tersebut (misalnya
ditimpa kemalangan, kematian, sakit dll), maka seisi keluarga akan
menderita.
Apakah tindakan yang mesti dilakukan oleh penyara
keluarga tersebut untuk menghadapi masalah yang bakal dihadapi oleh
keluarganya?
1. Mula merancang untuk mencipta HARTA PUSAKA dengan seberapa segera.
2. UTAMAKAN mencipta harta pusaka yang MENEPATI KEPERLUAN dan SEBOLEH MUNGKIN ELAKKAN menepati kemampuan.
3. Dapatkan pengendali Takaful yang berteraskan 100% kepada hukum
syarak dan mempunyai pelan yang seiringan dengan hukum FARAID (cth:
Borang Cadangan Hibah).
4. Rancanglah sebaik mungkin agar harta
yang kita tinggalkan tidak menjadikan kita diazab di alam barzakh kelak –
berbincanglah dengan perunding Takaful yang faham tentang FARAID.
Dengan menyertai PELAN TAKAFUL, peserta dapat mencipta suatu
perlindungan kewangan sebagai mengganti kehilangan pendapatan untuk
suatu tempoh tertentu.
Oleh itu, marilah kita peruntukanlah
antara 10% - 15% dari Pendapatan bulanan Anda untuk Perlindungan Takaful
kerana ianya dapat melindungi Pendapatan yang kita sekarang sebelum
kita kehilangannya
0 comments