Skim Pemilik Rumah Kediaman (HouseOwner Takaful)
19:021.0 PERKARA DILINDUNGI
Tempat kediaman persendirian; contohnya rumah biasa, rumah pangsa, kondominium dan pangsapuri.
2.0 MANFAAT
Sijil Takaful ini memberi perlindungan kepada Peserta akibat daripada kerugian yang berpunca akibat bencana berikut:-
a) Kebakaran, kilat/petir atau kebakaran bawah tanah.
b) Letupan
c) Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya.
d) Perlanggaran ke atas bangunan atau harta benda yang dilindungi oleh sebarang kenderaan jalanraya bukan kepunyaan atau dibawah jagaan Peserta.
e) Pecahan atau limpahan air tangki, peralatan atau paip-paip air tidak termasuk.
i) Kerugian RM50.00 (lima puluh Ringgit Malaysia) yang pertama.
ii) Kemusnahan atau kerosakan semasa tempat kediaman persendirian ditinggalkan tanpa diurus/didiami.
f) Pecah rumah disebabkan oleh pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya.
g) Gempabumi atau letupan gunung berapi kecuali satu (1) peratus daripada Jumlah Perlindungan atau RM200.00 yang mana lebih rendah.
h) Banjir, tidak termasuk kerugian disebabkan kerosakan akibat gelinciran atau tanah runtuh kecuali satu (1) peratus daripada Jumlah Perlindungan atau RM200.00 (dua ratus Ringgit Malaysia) yang mana lebih rendah.
i) Ribut atau taufan kecuali (1) peratus yang pertama daripada Jumlah Perlindungan atau RM200.00 (dua ratus Ringgit Malaysia.
j) Kerugian sewa tidak melebihi sepuluh (10) peratus daripada Jumlah Perlindungan ke atas bangunan yang tidak boleh didiami disebabkan oleh bencana-bencana di atas.
k) Tanggungan Peserta sebagai pemilik premis terhadap orang awam ke atas kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta benda tidak melebihi RM50,000.00 (lima puluh ribu Ringgit Malaysia). Terkecuali anggota keluarga dan isi rumah yang mendiami rumah tersebut dan juga kerosakan ke atas harta kepunyaan atau di bawah jagaan Peserta.
0 comments