myPA Personal care accident

19:29

myPA Personal care accident
++++++++++++++++++++
 
MANFAAT
a) Kematian Akibat Kemalangan
Kematian serta-merta atau kematian yang berlaku dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemalanganKebakaran, kilat/petir atau kebakaran bawah tanah.
b) Keilatan/Kecatatan Kekal
Keilatan/Kecatatan Kekal merujuk kepada hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan yang menghalang orang dilindungi daripada melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas, bagi memperolehi upah atau keuntungan dengan syarat bagi menentukan samada hilang upaya tersebut adalah kekal ia mestilah berterusan bagi tempoh tidak kurang daripada 6 (enam) bulan.
Kehilangan kedua tangan atau kedua kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki atau kedua mata adalah disifatkan sebagai hilang upaya menyeluruh dan kekal, tanpa menjejaskan sebab-sebab lain mengenai hilang upaya kekal menyeluruh.
Kehilangan bagi tangan dan kaki bererti putus pada atau di pergelangan tangan dan buku lali;
bagi mata, hilang penglihatan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan semula.
c) Keilatan Sementara Menyeluruh (Manfaat Mingguan)
Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami keilatan sementara menyeluruh yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan
) Keilatan Sementara Separa (Manfaat Mingguan)
Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami keilatan sementara separa yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan
e) Perbelanjaan Perubatan
Syarikat akan membayar perbelanjaan rawatan perubatan ke atas mana-mana kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kemalangan.

You Might Also Like

0 comments