myFIRE Takaful

19:22


myFire Takaful

________________________________________________________________________________

1.0 PERKARA DILINDUNGI 

 
Skim   Takaful   Kebakaran   memberikan perlindungan Takaful ke atas harta-harta seperti bangunan kediaman, kedai, kompleks membeli belah, kilang perindustrian dan apa jua bentuk premis perniagaan dan kandungannya

 

2.0  MANFAAT 

 
Sijil ini akan membayar gantirugi ke atas harta tersebut mengikut nilai harta yang musnah atau menggantikan harta tersebut yang musnah disebabkan oleh kebakaran atau kilat/petir

 

3.0 PERIL BERSEKUTU (Allied Perils) 

 
Perlindungan Takaful ini boleh dilanjutkan dengan sumbangan tambahan bagi melindungi kerugian akibat berikutr
 
a)
Rusuhan dan pemogokan, perbuatan niat jahat
 
b)
Kejatuhan pesawat udara, dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya
 
c)
Perlanggaran ke atas bangunan atau harta benda yang dilindungi oleh sebarang kenderaan jalanraya bukan kepunyaan atau di bawah jagaan Peserta
 
d)
Pecahan atau limpahan air tangki, peralatan atau paip-paip air di dalam bangunan yang dilindungi
 
e)
Angin ribut, taufan
 
 f)
Puting beliung, siklon dan gempa bumi
 
 g)
Banjir
 
 h)
Pergerakan dan gelinciran tanah (subsidence & landslip)
 
 i)
Letupan
 
Terdapat lain-lain Peril Bersekutu yang boleh dipertimbangkan oleh Syarikat. 
Sebarang penambahan Peril Bersekutu perlu mendapat kelulusan/kebenaran daripada syarikat. 

 

 

4.0 PENGECUALIAN MANFAAT

 
Skim ini tidak melindungi kejadian berikut:
 
a)
Kerugian yang disebabkan oleh kecurian semasa atau selepas kebakaran.
 
b)
Di mana harta musnah akibat pemanasan atau proses pengeringan
 
c)
Pembakaran harta yang diarahkan oleh mana-mana pihak yang berkuasa
 
d)
Kebakaran bawah tanah
 
e)
Kerugian   atau   kerosakan   yang disebabkan pencemaran oleh bahan radioaktif dan sisa nuklear
 
f )
Kerugian atau kerosakan disebabkan pencemaran
 
g)
Kerugian atau kerosakan disebabkan peperangan, penaklukan oleh pihak musuh asing, operasi perang (diisytihar atau tidak) dan peperangan saudara
 
h)
Dahagi,   rusuhan,   pemberontakan, rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau perkara yang menyebabkan ia diisytiharkan
 
 
 
 
Skim ini juga tidak memberi perlindungan daripada kejadian berikut kecuali dinyatakan di dalam Sijil
 
a)
Harta orang lain yang di bawah kawalan atau jagaan Peserta
 
b)
Jongkong emas, batu-batu permata yang belum ditatahkan
 
c)
Dokumen berharga, manuskrip, pelan, lukisan, model atau acuan dan apa-apa karya seni yang bernilai lebih daripada RM500 (lima ratus
 
 
 
 
Namun demikian sekiranya perkara yang berikut berlaku, perlindungan terhadap harta tersebut luput secara otomatis kecuali pihak Syarikat diberitahu dan kelulusan didapati sebelum terjadinya kerugian atau kerosakan:-
 
a)
Sekiranya tujuan penggunaan bangunan itu sudah berubah dan meningkatkannya risiko terhadap kebakaran
 
b)
Sekiranya   harta   yang   dilindungi dipindahkan ke lokasi yang lain yang tidak dinyatakan di dalam Sijil.
 
c)
Sekiranya bangunan berkenaan terbiar tidak diurus/didiami bagi tempoh melebihi tiga puluh (30) hari
 
d)
Sekiranya Peserta melepaskan kepentingannya terhadap harta berkenaan kepada orang lain, kecuali disebabkan meninggal dunia atau tindakan undang-undang, maka perlindungan terus ditawarkan kepada pemilik yang baru

You Might Also Like

0 comments