Apakah Kita Dilindungi????
13:00
|
Ramai yang mempunyai perlindungan
insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan
rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak
diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang
tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka.
|
Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk
tidak akan menimpa kita.
Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh
diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang
cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang
diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.
0 comments