13:00


 

1/- Kerana ia adalah sistem yg akan membantu penyimpan-penyimpannya apabila ditimpa musibah dan kematian.

2/- Kerana ia akan tolong penyimpannya untuk mendisplinkan diri dalam menyimpan wang.

3/- Kerana pahala yang dijanjikan Allah

4/-Kerana ianya situasi Menang-Menang. Tiada siapa yang akan rugi.

5/-Kerana sistem ini telah pon terbukti keberkesanannya…Berapa ramai yang telah dibantu secara bersistematik, tersusun, lengkap, halal, adil, sesuai utk dilaksanakan di mana-mana negara, malah telah diterima dan diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

6/-Kerana ia bebas daripada unsur-unsur riba, judi, ketidaktentuan dan bukan skim cepat kaya.

7/- Kerana ada badan syariah yang memantau perjalanan syarikat takaful, jika menyimpang/menyeleweng melabur dalam kaunter tidak patuh syariah, mereka yang tanggung dosa bukan kita.

8/- Kerana ada Hamba Allah yang akan tolong bantu servis hidup kita, memantau aktiviti simpanan kita..Jika kita terlewat menyimpan dia akan menelefon dan menegur kita supaya membuat simpanan ‘on time’. Sehingga ke tahap, jika kita sakit dia akan bantu kita mengurus hal berkaitan  keluar masuk hospital. Dan waktu yang akan lebih mengembirakan kita ialah, apabila hamba Allah ini datang dan memberi cek atau wang hasil daripada claim kita. Siapa Hamba Allah ini? Mulia sungguh pekerjaannya.

9/- Kerana inilah jalan orang kaya membantu orang miskin dan jalan orang miskin yang tidak mahu meminta-minta untuk mendapat bantuan.

10/- Kerana inilah jalan untuk seorang anak membalas jasa ibu dan ayah, seorang suami memastikan keluarganya tidak sengsara, seorang kekasih menunjukkan rasa sayang kepada kekasihnya, iaitu dengan meninggalkan wang pampasan jika ditakdirkan ajal menjemput mereka.
11/- Kerana ini adalah salah satu cara mengelakkan daripada muflis kerana bebanan hutang. Muflis di dunia dan muflis di akhirat. Dengan takaful, hutang-piutang si mati atau lumpuh dapat dilangsaikan, jadi dapatlah roh si mati pergi dalam keadaan yg tenang.



You Might Also Like

0 comments